Wednesday 30 November 2011

Doktor Bedah Termuda di Dunia

Akrit Jaswal dari India pernah mendapat jolokan kanak-kanak paling pintar di dunia dan muncul sebagai doktor bedah ketika berusia tujuh tahun. Kanak-kanak ini yang dilahirkan pada 23 April 1993 berjaya melakukan pembedahan sulungnya terhadap seorang gadis India yang menderita akibat kesan terbakar di tangannya.
Kebakaran itu menyebabkan tapak tangan gadis itu tidak dapat dibuka. Paling menakjubkan, pembedahan sulungnya itu telah berjaya mengembalikan tangan gadis itu normal semula.
Akrit seterusnya diterima memasuki universiti ketika berusia 11 tahun. Sekarang Akrit berusia 17 tahun dan sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang zoologi, botani dan kimia. Akrit berharap suatu hari nanti dia dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Havard.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
batu pahat-korea, sri wangi, Malaysia